PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

sesi perbincangan antara pihak syarikat MSM Malaysia Holdings Berhad dan MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd bersama Jabatan Alam Sekitar pada 22 Mac 2023

DOE WP Putrajaya 04/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
sesi perbincangan antara pihak syarikat MSM Malaysia Holdings Berhad dan MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd bersama Jabatan Alam Sekitar pada 22 Mac 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/03/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

Satu sesi perbincangan antara pihak syarikat MSM Malaysia Holdings Berhad dan MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd bersama Jabatan Alam Sekitar telah diadakan pada 22 Mac 2023. Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Tn Hj. Shafe’ee bin Yasin, Pengarah Bahagian Penguatkusa, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Ketua Cawangan JAS Pasir Gudang, Puan Norhafidah binti Abu, wakil daripada Bahagian Air dan Marin dan pegawai-pegawai di Bahagian Penguatkuasa.   Perbincangan ini telah diadakan bagi membincangkan beberapa rayuan pihak syarikat berhubung pengoperasian premisnya di Johor, iaitu MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd. Antara isu-isu yang dibincangkan adalah berkaitan Lesen Pelanggaran, had kapasiti pengeluaran, dan inisiatif pihak syarikat menggunakan effluen sedia ada bagi projek “Waste To Energy” di premis lain. Melalui sesi perbincangan ini juga, pihak premis telah dimaklumkan berhubung keperluan untuk mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya pada setiap masa

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan