Penerangan
28 Mac 2023 - Alor Setar, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah menjalankan program pengawasan kualiti air tanah di Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Maahad Tahfiz Darul Uloom dan Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Kedah.
Sebanyak 24 sampel air bawah tanah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.
Terdapat enam (6) buah Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Negeri Kedah iaitu tiga (3) stesen di Langkawi, dua (2) stesen di Kepala Batas dan satu (1) lagi stesen di Kulim.
Aktiviti persampelan ini dijalankan bertujuan untuk memantau dan mengawal punca-punca yang berpotensi boleh menyebabkan pencemaran air tanah melalui pelaporan status kualiti air tanah yang tepat.
#NRECC
#jabatanalamsekitar
#jaskerdah
#alamsekitartanggungjawabbersama