PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN LORI PEMBAWA YANG DITETAPKAN BAGI BUANGAN TERJADUAL DAN PEMERIKSAAN ASAP PELEPASAN KENDERAAN ENJIN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH

DOE Kedah 04/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN LORI PEMBAWA YANG DITETAPKAN BAGI BUANGAN TERJADUAL DAN PEMERIKSAAN ASAP PELEPASAN KENDERAAN ENJIN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/03/2023
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

20 Mac 2023 - Sungai Petani, Kedah Selaras dengan kehendak Seksyen 18 (1A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pematuhan terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan dari Enjin Diesel) 1996, satu pemeriksaan terhadap pembawa yang ditetapkan buangan terjadual (kenderaan pengangkut) yang akan dilesenkan bagi mengangkut buangan terjadual oleh premis yang ditetapkan (PYDT BT) telah dijalankan oleh Unit Pelesenan dan Unit Kenderaan Bermotor JAS Kedah. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan bahawa pembawa yang digunakan adalah sesuai dan mematuhi kehendak perundangan sebelum lesen dikeluarkan. Di samping itu, pembawa yang digunakan perlu mematuhi pelepasan asap hitam yang dibenarkan iaitu tidak melebihi 50% HSU seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan dari Enjin Diesel) 1996. Sebanyak 20 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan telah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi menjadi pembawa yang ditetapkan buangan terjadual. Sebanyak tiga (3) kompaun dan enam (6) Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan bagi ketidakpatuhan Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan dari Enjin Diesel) 1996. Pihak pengeluar buangan diingatkan untuk memastikan hanya pembawa yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja dibenarkan untuk mengangkut buangan ke premis yang ditetapkan. #NRECC #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan