PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU BUNYI BISING MOTOSIKAL DAN ASAP HITAM KENDERAAN BERSAMA CAWANGAN TRAFIK PDRM IPD LANGKAWI

DOE Kedah 04/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU BUNYI BISING MOTOSIKAL DAN ASAP HITAM KENDERAAN BERSAMA CAWANGAN TRAFIK PDRM IPD LANGKAWI
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/03/2023
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

16 dan 17 Mac 2023 - Langkawi, Kedah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia IPD Langkawi telah menjalankan operasi bersepadu bagi bunyi bising motosikal dan kawalan pelepasan daripada enjin diesel bertempat di sekitar daerah Langkawi. Pada 16 Mac 2023, sebanyak 13 kenderaan telah diperhati dan tujuh (7) kenderaan termasuk motosikal telah diuji. Hasil ujian mendapati lima (5) kenderaan telah GAGAL. Tiga (3) kenderaan berenjin diesel dan dua (2) motosikal telah diambil tindakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berenjin diesel untuk menjalani ujian pelepasan asap di PUSPAKOM. Pada 17 Mac 2023, sebanyak 129 motosikal telah diperhati dan sembilan (9) motosikal telah diuji. Hasil ujian mendapati kesemua motosikal telah GAGAL ujian. Tiga (3) motosikal telah dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 manakala enam (6) motosikal lagi dikenakan tindakan Notis Arahan di bawah seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cawangan Trafik PDRM IPD Langkawi di atas kerjasama dalam menjayakan operasi bersepadu ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkasa dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. #NRECC #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jaskedah #ukb_jaskedah

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan