PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL (DALAM TALIAN) KAJIAN PENYEDIAAN PENILAIAN DAN PENYEDIAAN PELAN PENGURUSAN BAGI PULAU MABUL DAN PULAU POM-POM SEMPORNA SABAH BIL 1/2023 - LAPORAN KEMAJUAN 1

DOE Sabah 31/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL (DALAM TALIAN) KAJIAN PENYEDIAAN PENILAIAN DAN PENYEDIAAN PELAN PENGURUSAN BAGI PULAU MABUL DAN PULAU POM-POM SEMPORNA SABAH BIL 1/2023 - LAPORAN KEMAJUAN 1
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/03/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL (DALAM TALIAN) KAJIAN PENYEDIAAN PENILAIAN DAN PENYEDIAAN PELAN PENGURUSAN BAGI PULAU MABUL DAN PULAU POM-POM SEMPORNA SABAH BIL 1/2023 - LAPORAN KEMAJUAN 1 ?? ??? Tarikh: 21 Mac 2023 (Selasa) ?? Masa: 2.30 - 4.45 Petang ?? Tempat: Atas Talian (Zoom Meeting) ??????? Pengerusi: YBrs. Tuan Pengarah JPAS ?? Ringkasan Laporan & Input Mesyuarat: ??????? Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan Laporan Kemajuan Pertama bagi Kajian Penyediaan Penilaian dan Penyediaan Pelan Pengurusan bagi Pulau Mabul dan Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah oleh Perunding yang dilantik iaitu DHI Water & Environment (M) Sdn Bhd. Kajian telah dimulakan pada 8 September 2022 dan Inception Report telah disahkan dan dipersetujui pada 22 November 2022. ??????? Pihak Perunding telah membentang Laporan Kemajuan Pertama yang telah dikemukakan kepada pihak JPAS pada 8 Mac 2023 dengan status kerja-kerja pengumpulan data telah selesai sebanyak 90%. Laporan Status Kemajuan Kedua dijangkakan akan dikemukakan pada bulan September 2023. ??????? Bagi tujuan pengumpulan data sosio-ekonomi, pihak perunding telah mengadakan stackholder engagement dengan komuniti dan tour operators di Pulau Mabul Clusters dan Pulau Pom-Pom Clusters. ??????? Pengumpulan data sekunder daripada Jabatan/Agensi berkaitan melibatkan data-data berkaitan polisi dan pelan tindakan (Semporna Marine Spatial Plan - SMSP), pelancongan, perikanan, navigasi, sejarah, hidupan liar, demografi, gunatanah, meteorologi, hakisan pantai, hidraulik, kegunaan air, geologi, hidrogeologi, kualiti air, aras air, topografi, status tanah dan ekologi. ??????? Pihak Perunding memaklumkan telah mengemukakan permohonan data kualiti air melalui Portal Permohonan Data kepada JAS dan sedang menunggu maklumbalas daripada JAS Ibu Pejabat. Dijangkakan data akan diterima dalam minggu ini. ??????? Pengumpulan data primer yang telah dijalankan oleh pihak perunding melibatkan data-data berkaitan habitat marin, megafauna marin, flora dan fauna daratan, guna tanah, morfologi pantai, data kualiti air marin, air bawah tanah dan budaya-sosial. ??????? Wakil JAS Sabah memaklumkan, bagi standard air marin untuk kegunaan rekreasi, standard yang dirujuk hendaklah Standard Kebangsaan Kualiti Air Rekreasi Semulajadi bagi Parameter Prima iaitu Enterococci dan Faecal Coliforms yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan