Penerangan
BENGKEL LIBAT URUS (SESI KEDUA) KAJIAN CADANGAN PENUBUHAN LEMBAGA PROFESSIONAL ALAM SEKITAR SABAH (L-PASS) ??
?? Tarikh: 20 Mac 2023 (Isnin)
? Masa: 8.30 Pagi - 5.00 Petang
?? Tempat: Hotel N°5, Jalan Pintas, Penampang
??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM
?? Ringkasan Output Bengkel:
?? Pihak ERE Consulting Group Sdn Bhd sebagai Jururunding yang dilantik bagi Kajian Cadangan Penubuhan Lembaga Professional Alam Sekitar Sabah (L-PASS) telah membentangkan hasil kajian awal yang telah dilaksanakan pada 18 Ogos 2022 yang lepas. Bengkel Libat Urus ini adalah sesi yang kedua bagi mendapatkan input dan komen daripada stackholder.
?? Pihak perunding mencadangkan untuk Jawatankuasa Pendaftaran Jururunding Alam Sekitar digantikan dengan Environmental Experts Committee (EEC) dengan pindaan kepada Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 sediaada. Ini adalah usaha untuk membangunkan satu jawatankuasa/kumpulan pakar alam sekitar yang cekap (tidak terhad kepada EIA sahaja) bagi memastikan asas objektif pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Negeri Sabah dapat dicapai dengan baik. Penubuhan EEC ini akan menggantikan L-PASS yang dicadangkan pada awal kajian sebelum ini.
?? Perubahan yang dicadangkan adalah bagi mengelakkan isu yang telah dikenalpasti semasa hasil kajian awal iaitu melibatkan perkara perlembagaan persekutuan yang mana "Professional Occupations" termasuk dalam "Federal Lists" dalam senarai kuasa legislatif (perundangan).
?? Hasil kajian yang dibentangkan juga melibatkan kajian berkaitan pindaan undang-undang yang dicadangkan, cadangan yuran/fi individu pakar (expert) dan firma, skop perkhidmatan perundingan pakar, bidang kepakaran, senarai jenis pendaftaran experts dan firma, komponen dan komposisi ahli jawatankuasa EEC.
?? Wakil JAS Sabah telah memberikan input berkaitan Sekretariat dan Jawatankuasa Pendaftaran Jururunding EIA di peringkat JAS yang boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan bagi mewujudkan garis panduan EEC yang dicadangkan seperti bidang-bidang kepakaran, CPD, kelayakan pendaftaran dan lain-lain.