Penerangan
MESYUARAT PENYELARASAN EIA JABATAN ALAM SEKITAR TAHUN 2023 PADA 15 - 17 MAC 2023 ??
?? Tarikh: 15 - 17 Mac 2023 (Rabu - Jumaat)
? Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Cempaka, JAS Ibu Pejabat, Putrajaya
???? Pengerusi Mesyuarat: YBrs. Puan TKPP & Puan Pengarah B(N), JAS Malaysia
????????????????????? Kehadiran dari JAS Sabah:
- KPP(P) YY, PP(K) SJ & PP FM
?? Diantara Resolusi Mesyuarat adalah:
?? Pemprosesan EIA & Input Pembangunan:
1. Semua JAS Negeri diminta untuk memaklumkan sebarang perubahan Pegawai yang terlibat dengan input pembangunan.
2. Pemprosesan dan penilaian Laporan EIA bagi projek kerajaan masih tertakluk kepada prosedur sediaada.
3. Laporan EIA Kemaskini (Revised EIA) yang diterima dalam tempoh piagam, Jururunding EIA adalah dikehendaki untuk mengemukakan Laporan berkenaan melalui hardcopy & ESDR.
4. Penilaian Berterusan Jururunding EIA hendaklah dibuat ke atas Ketua Pasukan Jururunding atau Ahli Pasukan yang ada isu serta penilaian dibuat setiap kali keputusan ke atas Laporan EIA dikeluarkan termasuk sekiranya keputusan Laporan EIA Perlu Dikemaskini.
5. Laporan EIA yang diterima selepas 16 Februari 2022 JAS HQ / JAS Negeri hendaklah dimasukkan ke dalam ESDR. Pegawai perlu susul dengan jururunding untuk memasukkan maklumat dalam tempoh 3 bulan.
6. Tapak Pelupusan Sampah (dump site) yang dinaiktaraf kepada Tapak Pelupusan bertaraf Sanitari Level 4 tidak perlu kemukakan Laporan EIA baru. Laporan EIA hanya perlu dikemukakan sekiranya berada di kawasan yang baru.
?? Penguatkuasaan EIA:
1. Memastikan proses Perintah Larangan diuruskan dengan segera.
2. Nota makluman bagi isu aduan perlu dikemukakan segera.
3. JAS Negeri perlu merujuk dahulu Bahagian Penilaian sebelum memberi maklumbalas kepada Jabatan Audit Negeri. JAS Negeri perlu kemuka maklumbalas bertulis yang telah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negeri kepada Bahagian Penilaian termasuk tindakan susulan yang telah diambil. Bahagian Penilaian perlu menyelaras kembali maklumbalas tersebut.
4. Program Penguatkuasaan Tahunan perlu disediakan oleh JAS Negeri dan dikemukakan pada penghujung bulan Mac 2023. KPI untuk pasukan penguatkuasa EIA adalah 16 pemeriksaan (CAC + DE) / sebulan. Bagi projek EIA hanya 10 pemeriksaan di lapangan / sebulan. Peratusan CAC adalah 70% dan DE (30%).
5. Pasukan Penguatkuasaan EIA di JAS Negeri perlu mengemukakan keperluan (seperti kenderaan / peralatan) kepada Bahagian Penilaian.
6. Penggunaan EKAS sepenuhnya bagi maklumat data penguatkuasaan EIA.
7. Data tidak patuh projek EIA hendaklah dipastikan sama dengan data tindakan susulan diambil.
?? Lain-lain hal:
1. YBrs. Puan TKPP mengesyorkan supaya Bahagian Penilaian, JAS IP mengadakan mesyuarat atau bengkel yang berasingan bagi membincangkan hal-hal berkaitan penguatkuasaan EIA dan perkara2 yang memerlukan perbincangan lanjut.