PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

LAWATAN TAPAK BAGI TUJUAN PENGUMPULAN MAKLUMAT UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KONVENSYEN ROTTERDAM

DOE WP Putrajaya 31/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK BAGI TUJUAN PENGUMPULAN MAKLUMAT UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KONVENSYEN ROTTERDAM
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/03/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Perak

Penerangan

27 Mac 2023, Ipoh Perak – Seksyen EHS, Bahagian Bahan Berbahaya JAS Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan tapak ke UAC Berhad, Ipoh untuk melihat proses pembuatan produk menggunakan bahan kimia Chrysotile Asbestos sebagai input Import Response dan pendirian negara terhadap cadangan kemasukan bahan kimia tersebut ke dalam Annex III, di bawah Konvensyen Rotterdam. Konvensyen Rotterdam diwujudkan bertujuan untuk memberi kesedaran dan memupuk kerjasama di kalangan negara ahli mengenai bahan kimia berbahaya yang berpotensi memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Malaysia merupakan negara ahli bagi Konvensyen Rotterdam berkaitan Prior Informed Consent (PIC), di mana Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan Designated National Authority (DNA) bagi kategori bahan kimia industri. Selain JAS Ibu Pejabat, lawatan turut disertai oleh Seksyen Perak Utara, JAS Perak, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dan  Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan