Penerangan
Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama ASHRAE Malaysia Chapter telah mengadakan “Roadshow Ozone2Climate Technologies in Refrigeration and Air-Conditioning Sector” di Hilton Hotel Kota Kinabalu, Sabah. Penganjuran Roadshow ini merupakan siri keempat yang dilaksanakan bertujuan untuk mempromosikan teknologi refrigeran yang mesra ozon dan mempunyai nilai potensi pemanasan global (GWP) rendah selaras dengan komitmen negara dalam melindungi lapisan ozon dan menangani perubahan iklim.
Pelbagai perkongsian maklumat mengenai pelaksanaan Pelan Pengurusan Hidroklorofluorokarbon (HPMP) di Malaysia, teknologi refrigeran semula jadi dan GWP rendah, piawaian keselamatan, perubahan iklim dan konsep bangunan hijau telah diadakan oleh wakil Jabatan dan pakar-pakar dari dalam dan luar negara (Singapura). Seramai lebih kurang 100 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat pengimport, industri dan pelajar telah menghadiri roadshow ini.
Tarikh : 16 Mac 2023
Tempat : Hilton Hotel Kota Kinabalu, Sabah