PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

National Consultation Workshop for Kigali Implementation Plan (KIP) Preparation

DOE WP Putrajaya 31/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
National Consultation Workshop for Kigali Implementation Plan (KIP) Preparation
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/03/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama the World Bank dan Tri EcoEdge Sdn Bhd telah mengadakan National Consultation Workshop for Kigali Implementation Plan (KIP) Preparation bagi pengurangan penggunaan hidrofluorokarbon (HFC) di Malaysia. Bengkel ini telah diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Tujuan bengkel ini adalah untuk membincangkan hasil dapatan kaji selidik data penggunaan HFC yang dilaksanakan oleh perunding TriEcoEdge Sdn Bhd. Dalam bengkel ini garis dasar, strategi dan hala tuju bagi pelaksanaan pelan pengurangan penggunaan HFC di Malaysia serta kaedah pembahagian kuota HFC turut dibentangkan oleh pakar Protokol Montreal dari World Bank. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia. YBr. Dr. Norhazni Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAS, Ms. Mary-Ellen Foley, Ketua Pasukan World Bank dan pakar-pakar dari World Bank turut hadir bersama dalam bengkel ini. Seramai lebih kurang 200 peserta daripada agensi kerajaan, syarikat pengimport dan industri telah menghadiri bengkel ini secara bersemuka dan 100 peserta lain menghadiri secara dalam talian. Tarikh : 6 Mac 2023 Tempat : Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan