PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

KUNJUNG HORMAT PENGURUS BESAR WILAYAH FELCRA BERHAD TIMUR BERSAMA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 30/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNG HORMAT PENGURUS BESAR WILAYAH FELCRA BERHAD TIMUR BERSAMA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUNJUNG HORMAT PENGURUS BESAR WILAYAH FELCRA BERHAD TIMUR BERSAMA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU KUALA TERENGGANU, 30 Mac 2023 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat pihak pengurusan tertinggi Felcra Berhad Wilayah Timur yang diketuai oleh Pengurus Besarnya, YBrs. Encik Zainal Abidin Bin Haji Alias di pejabat JAS Terengganu hari ini. Sesi pertemuan ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Hadir sama Timbalan Pengarah JAS Terengganu, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan pagawai-pegawai kanan dan pegawai penguatkuasa JAS Terengganu. Sesi kunjungan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pengurusan Felcra Berhad Wilayah Timur dengan pengurusan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu serta membincangkan isu-isu berkaitan dengan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terutamanya keperluan pematuhan di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Pada akhir sesi pertemuan ini, Tuan Pengarah JAS Terengganu mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas komitmen pihak pengurusan Felcra Berhad Wilayah Timur untuk mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan