PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SESI LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PEMANTAUAN EIA (SPEIA) SEBAGAI PROJEK PERINTIS DI NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 29/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PEMANTAUAN EIA (SPEIA) SEBAGAI PROJEK PERINTIS DI NEGERI TERENGGANU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

SESI LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM PEMANTAUAN EIA (SPEIA) SEBAGAI PROJEK PERINTIS DI NEGERI TERENGGANU KUALA TERENGGANU, 22 MAC 2023- Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah menyampaikan ucapan aluan serta hadir sama pada sesi latihan  penggunaan Sistem Pemantauan EIA (SPEIA) yang dijadualkan berlangsung selama 2 hari bemula hari ini. Sesi taklimat disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat Putrajaya, Encik Rohimi bin Harun.  Hadir sama pada sesi ini Timbalan Pengarah JAS Terengganu, Encik Zakaria Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai  penguatkuasa JAS Terengganu. JAS mengambil inisiatif bagi menganjurkan sesi latihan ini melalui taklimat dan hand on bagi memastikan pihak projek memahami tatacara penggunaan SPEIA ini sepenuhnya, Sistem ini dibangunkan bagi memantapkan dan melancarkan urusan dokumentasi diantara pihak projek serta penguatkuasan oleh pihak JAS yang akan digunapakai sepenuhnya bermula 9 November 2023. Kumpulan sasaran yang hadir pada sesi ini terdiri daripada penggerak projek, pegawai alam sekitar dan jururunding pengawasan alam sekitar yang dilantik oleh penggerak projek. JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sesi latihan ini.  Komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak amat dipuji dalam memastikan pembangunan dan operasi projek-projek EIA berada pada tahap pematuhan yang baik. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan