Penerangan
SESI PERBINCANGAN JAS TERENGGANU BERSAMA PIHAK INDUSTRI
KUALA TERENGGANU, 1 MAC 2023: Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menerima kunjungan dari Syarikat Venator Asia Sdn. Bhd. bagi mengadakan perbincangan berhubung denga isu-isu alam sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Sesi ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Encik Mohd Norli bin Abdullah.
Hadir sama dalam perbincangan ini, Ketua Unit Memproses Laporan EIA, Penolong Pengarah Kanan, Encik Amri bin Mohd Yusof dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Encik Mohd Ghazali bin Jaafar.
Antara isu yang dibincangkan berkaitan dengan komitmen pihak kilang dalam mematuhi sepenuhnya peruntukan undang-undang yang ditetapkan bagi pengoperasian premis ini.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama