PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL): BIL 1/2023

DOE WP Kuala Lumpur 30/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL): BIL 1/2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/03/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

27 – 28 Februari 2023, Kuala Lumpur - Ops Gempur JASWPKL Bil. 1/2023 telah dilaksanakan bagi menguatkuasakan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, (AKAS) 1974 dan Peraturan – Peraturan di bawahnya. Ops Gempur pada kali ini bertumpu kepada premis-premis yang bermasalah dan seringkali mempunyai kes aduan pencemaran alam sekitar yang berulang kali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Operasi ini melibatkan seramai 17 orang pegawai dari JASWPKL dan dibahagikan kepada 7 pasukan penguatkuasa. Dalam Operasi ini 14 premis bermasalah telah dijalankan pemeriksaan. Sebanyak 13 arahan di lapangan (Field Citation), 4 Notis Arahan dan 7 Kompaun telah dikeluarkan oleh pegawai JAS bagi kesalahan di bawah AKAS 1974. JASWPKL komited untuk memastikan setiap premis agar sentiasa mematuhi AKAS, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan sebarang ketidakpatuhan oleh pihak premis akan diambil tindakan tegas yang sewajarnya. Orang awam boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 bagi menyalurkan sebarang aduan pencemaran, atau melalui emel ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected] untuk melaporkan sebarang aduan mengenai pencemaran alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan