PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

{HEBAHAN} PROGRAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR BERSAMA PERTUBUHAN PENCINTA SUNGAI NERUS TERENGGANU BERSEMPENA HARI BUMI 2023

DOE Terengganu 28/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
{HEBAHAN} PROGRAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR BERSAMA PERTUBUHAN PENCINTA SUNGAI NERUS TERENGGANU BERSEMPENA HARI BUMI 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

{HEBAHAN} PROGRAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR BERSAMA PERTUBUHAN PENCINTA SUNGAI NERUS TERENGGANU BERSEMPENA HARI BUMI 2023  Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Pencinta Sungai Nerus, Terengganu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tanjung Sabtu, Manir dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Syarikat KT Wan Recycle dan Syarikat NKH Solution telah mengambil inisiatif dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti melestarikan alam sekitar. Program ini akan berlangsung pada 17 Mac 2023 (Jumaat), jam 8:30 pagi hingga 11:30 pagi, bertempat di Balairaya Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Kuala Terengganu. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah:
  1. Gotong royong/Kutip Sampah sambal Beriadah (KUDAH)
  2. Pengrom pengumpulan dan pembelian bahan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste)
  3. Program kitar semula sisa minyak masak terpakai; dan
  4. Aktiviti tanam pokok
 Jom hadir ramai-ramai memeriahkan program ini sambil menyumbang kepada program-program kitar semula buangan e-waste dan sisa minyak terpakai. Di samping memberi sokongan kepada program bersempena Hari Bumi 2023 dengan tema: invest ini our planet” yang memberi mesej kepada kita semua untuk terus berusaha mengekalkan kelestarian alam sekitar untuk diwarisi kepada generasi hari ini dan akan datang. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan