Penerangan
DEMI KEPENTINGAN SUMBER AIR TANAH, PROGRAM PENGAWASAN TERUS DITINGKATKAN
KUALA TERENGGANU, 12 Mac 2023: Hari ini, Seksyen Kesedaran Alam Sekitar, Stor dan Pengawasan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus komirted menjalankan program pengawasan kualiti air tanah di satu stesen yang terletak di Kawasan Ladang Penternakan Udang (Alkuakultur)
Selain Multi Parameter Probe YSI digunakan untuk menentukan tahap kualiti air tanah secara in-situ, sampel air tanah juga diambil bagi ujian makmal yang dianalisa oleh Jabatan Kimia Negeri Terengganu dan Petaling Jaya, Selangor.
Keputusan analisis sampel ini, boleh menentukan tahap kualiti air tanah berdasarkan parameter heavy metal, phenol, nitrit, phosphate,sulphate,klorin,jumlah pepejal terlarut, hardness, pesticide dan volatile organic carbon.
Dengan komitmen dan usaha kerajaan dalam memelihara kualiti sumber air bawah tanah ini akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan alam sekitar secara menyeluruh.
#Kementeriansumber aslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama