PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KESIAP SEDIAAN JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN DALAM MENCEGAH PENCEMARAN

DOE Terengganu 28/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KESIAP SEDIAAN JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN DALAM MENCEGAH PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KESIAP SEDIAAN JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN DALAM MENCEGAH PENCEMARAN KEMAMAN, 10 MAC 2023- Cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus meningkatkan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran daripada punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kawasan rondaan melibatkan sekitar kawasan Chukai, Fikri, Banggol, Geliga, Jakar, Mak Chili, Desa Solehah, Bukit Kuang, Telok Kalong, Bakau Tinggi, Kijal, Kemasik dan Kerteh. Tiada pembakaran terbuka di kesan. Walau bagaimanapun, banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai langkah pencegahan di lokasi yang berpotensi aktiviti ini dilakukan. Pemantauan di kawasan operasi kilang-kilang turut dilakukan di Kawasan Perindustrian Jakar, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Kerteh dan Taman Industri Biopolimer. Tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan. Kesiap siagaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman dalam memantau punca-punca pemcemaran di daerah ini diharap dapat memastikan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dapat ditangani. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan