Penerangan
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TINGKATKAN PEMANTAUAN OPERASI KILANG-KILANG PADA WAKTU MALAM
KEMAMAN, 10 MAC 2023- Cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus meningkatkan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran daripada punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi ini melibatkan pemantauan dan tinjauan di kawasan operasi kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Jakar, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Kerteh dan Taman Industri Biopolimer. Tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
Walau bagaimanapun, beberapa kilang yang dikenalpasti sedang menjalankan aktiviti “shutdown” terdapat “system burning” dan “flaring” berada pada tahap terkawal.
Kesiap siagaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman dalam memantau punca-punca pemcemaran di daerah ini diharap dapat memastikan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dapat ditangani.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama