Penerangan
RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN TERUS DITINGKATKAN
KEMAMAN, 3 MAC 2023- Cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman, terus meningkatkan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran daripada punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kawasan rondaan melibatkan Chukai, Geliga, Jakar, Mak Lagam, Binjai, Paman, Pasir Gajah, Seberang Tayor, Dadong, Air Putih. Lubuk Lesung, Padang Kubu, Seri Bandi, Ibok, Mak Chili dan Gong Limau
Hasil rondaan ini tidak mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka.
Walau bagaimanapun “banner” larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan yang terdapat longgokan sisa yangg berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka berlaku.
Selain itu juga, hasil pemantauan ke atas operasi kilang kelapa sawit dan Tapak Pelupusan Sampah Mak Chili tidak menemui sebarang kejadian yang mencurigakan.
Kesiap siagaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman dalam memantau punca-punca pencemaran di daerah ini bagi memastikan kesejahteraan orang awam menjadi keutamaan.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama