PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SEDIA PANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 28/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SEDIA PANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

 PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SEDIA PANTAU PUNCA PENCEMARAN KUALA TERENGGANU, 4 MAC 2023 -Cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus bersiap sedia dalam menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran daripada punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kawasan rondaan melibatkan sekitar Kuala Terengganu,Marang,Merchang, Rantau Abang dan Dungun, Hasil operasi ini, tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui. Walau bagaimanapun “banner” larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan tapak pembersihan tanah di Pulau Kerengga, Marang . Pemantauan operasi kilang di Kawasan Dungun dan Paka turut dilakukan dan tiada pencemaran dikesan. Selain itu pemerhatian visual di kawasan pantai Rantau Abang, Tanjung Jara dan Teluk Lipat tidak mengesan sebarang tumpahan minyak dan bebola tar. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu ini sebagai tindakan proaktif dalam memastikan punca pencemaran di bawah bidang kuasa JAS sentiasa berada pada tahap pematuhan yang baik dan sebarang kejadian yang tidak diingini dapat ditangani. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan