PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KESIAP SIAGAAN PASUKAN PENGUATKUASAN JAS TERENGGANU DALAM MEMANTAU PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 28/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KESIAP SIAGAAN PASUKAN PENGUATKUASAN JAS TERENGGANU DALAM MEMANTAU PUNCA-PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KESIAP SIAGAAN PASUKAN PENGUATKUASAN JAS TERENGGANU DALAM MEMANTAU PUNCA-PUNCA PENCEMARAN KEMAMAN,   25 MAC 2023: Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus fokus  meningkatkan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di daerah ini. Kawasan rondaan melibatkan kawasan Bukit Kuang,Teluk Kalong,Kawasan Perindustrian Kemaman Supply Base, Kijal, Bukit Anak Dara, Meraga Beris, Padang Kemunting, Ibok, Paman, Bukit Sah, Binjai, Pasir Minal, Mak Chili, Gong Pauh dan Chukai. Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang berpotensi pembakaran terbuka berlaku, sebagai tindakan pencegahan agar aktiviti tersebut tidak diteruskan. Selain itu juga, hasil pemantauan ke atas operasi kilang di Kawasan Perindustrian Kemaman Supply Base mendapati tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan dikesan. Pemantauan juga dibuat di kawasan tapak projek EIA (ECRL) yang dalam fasa pembinaan di Kg. Padang Kemunting. Debu-debu dari pergerakan jentera berat didapati telah mengganggu kawasan penempatan berhampiran. Pasukan penguatkuasa telah mengeluarkan arahan keras kepada pihak pemaju supaya menyediakan  lori tangki air bagi menyiram kawasan tersebut, sekaligus mengurangkan debu yang mengganggu penduduk sekitar projek berkenaan. Pemantauan Infrastruktur Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut iaitu check dam di Kg.Padang Kemunting turut dibuat dan hasil pemeriksaan didapati ianya berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Kesiap siagaan dalam memantau punca-punca pemcemaran di daerah ini akan dapat menangani sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama                

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan