PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN

DOE Terengganu 28/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN KEMAMAN, 18 MAC 2023: Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus meningkatkan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kawasan rondaan melibatkan sekitar Kawasan Bukit Kuang,Teluk Kalong, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kg.Titian Berayun, Pantai Penunjuk, Bukit Anak Dara, Payoh, Ibok, Paman, Binjai, Pasir Minal, Mak Chili, Gong Pauh dan Chukai. Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang berpotensi pembakaran terbuka berlaku. Selain itu juga, hasil pemantauan ke atas operasi kilang di Kawasan Perindustrian Telok Kalong mendapati tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan dikesan. Pemantauan di persisiran Pantai Penunjuk Kijal, menunjukkan tiada sebarang tar ball dikesan. Kesiap siagaan dalam memantau punca-punca pemcemaran di daerah ini akan dapat menangani sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan