PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN

DOE Terengganu 28/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN KEMAMAN, 17 MAC 2023: Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus meningkatkan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kawasan rondaan melibatkan di sekitar Binjai, Mak Lagam, Jakar, Kijal, Kemasik, Bandar Baru Kertih, Titian Berayun, Kawasan Perindustrian Telok Kalong dan Bakau Tinggi Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai. Walau bagaimanapun, pemasangan banner telah dilakukan di kawasan Jalan Seberang Binjai berikutan penemuan longgokan sisa pembersihan kawasan yang berpotensi menyebabkan berlaku pembakaran terbuka, Selain itu juga, hasil pemantauan ke atas operasi kilang di Kawasan Perindustrian Jakar dan Telok Kalong mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan. Pemantauan di persisiran Pantai Penunjuk Kijal menunjukkan tiada sebarang tar ball dikesan. Kesiap siagaan dalam memantau punca-punca pemcemaran di daerah ini akan dapat menangani sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan