Penerangan
PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) BERSAMA PUSAT SAINS DAN KEATIVITI TERENGGANU (PSKT) DAPAT SAMBUTAN
KUALA TERENGGANU, 18 MAC 2023:- Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan Kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle telah berjaya menganjurkan program pengumpulan E-Waste buat julung kalinya.
Program berlangsung di kawasan Parkir PSKT, Kg. Laut Chendering ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 380 kg buangan yang terdiri daripada televisyen, pencetak, mesin basuh, telefon, komputer, kipas dan lain- lain barangan elektrik dan elektronik.
Program ini telah bermula sejak 19 Februari lalu dan tamat pada 15 Mac baru-baru ini, telah mendapat sambutan yang baik dari komuniti setempat.
Komitmen berterusan penganjuran program pengumpulan e-waste ini diharap dapat mencapai hasrat Kerajaan khususnya di negeri ini dalam memastikan e-waste ini diurus mengikut kaedah mesra alam dan slogan JAS “ Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, terus disokong demi mewariskan bumi kita ini untuk generasi masa kini dan akan datang.
"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama