PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU TERUS TINGKATKAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Terengganu 28/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU TERUS TINGKATKAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU TERUS TINGKATKAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU KUALA TERENGGANU,18 MAC 2023,- Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus bersiap sedia dalam menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca-punca pencemaran yang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kawasan rondaan dilakukan adalah di sekitar Kuala Terengganu, Bukit Payung , Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang ,Sungai Tong, Tepoh, Maras, Merang, Batu Rakit dan Seberang Takir. Hasil operasi ini telah menemui satu (1) tompokan pembakaran terbuka di tepi jalan yang bersekala kecil. Tindakan susulan telah dibuat dengan mengarahkan pemadaman dilakukan serta-merta dan amaran keras telah diberi agar aktiviti ini tidak diteruskan. Pemantauan operasi kilang di Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai dan Kawasan Perindustrian Aji juga dibuat. Tiada pencemaran dikesan. Pemantauan ke atas Tapak Pelupusan Sampah Batu 22, Kuala Berang dan di Sungai Ikan, Kuala Terengganu didapati tiada pembakaran terbuka dikesan. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu menunjukkan keseriusan dalam memastikan punca pencemaran berada pada tahap pematuhan yang baik. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan