Penerangan
PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS TERENGGANU TERUS MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
KUALA TERENGGANU-17 MAC 2023, Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus bersiap sedia dalam menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran daripada punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dilakukan di kawasan sekitar Chendering, Kuala Ibai, Merchang ,Rantau Abang, Dungun dan Kawasan Perindustrian Chendering.
Hasil operasi ini, tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yan g mencurigakan ditemui.
Walau bagaimanapun “banner” larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan yang terdapat longgokan sisa yangg berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka berlaku.
Pemantauan operasi kilang di Kawasan Perindustrian Chendering dan Tapak Pelupusan Sampah Che Lijah, Dungun, tiada pencemaran dikesan.
Pemerhatian visual juga dilakukan di Kawasan Pantai Kuala Abang, Rantau Abang, tiada pencemaran tar ball dikesan.
Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu menunjukkan keseriusan dalam memastikan punca pencemaran berada pada tahap pematuhan yang baik
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama