Penerangan
KUALA TERENGGANU,24 MAC 2023,- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus bersiap sedia dalam menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca-punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan, Mukim Kuala Ibai, K. Terengganu
Kawasan Perindustrian Chendering, Mukim Rusila, Marang, Kawasan Perindustrian Pulau Serai, Dungun, Mukim Balai Besar, Dungun dan Mukim Paka, Dungun
Hasil rondaan dan pemantauan yang melibatkan kawasan penempatan penduduk, dan orang awam serta kilang-kilang ini keadaan berada pada tahap yang baik dan terkawal.
Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu meronda dan memantau punca-punca pencemaran ini diharap dapat membendung sebarang kejadian pencemaran yang tidak diingini berlaku.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama