Penerangan
TAKLIMAT DAN SESI HANDS ON MYPREMIS BAGI PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN PREMIS MINYAK SAWIT MENTAH(PYDT-KKS) TAHUN 2023/2024
KUALA TERENGGANU, 1 MAC 2023 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah mengadakan sesi taklimat dan hands on penggunaan aplikasi myPremis kepada premis-premis yang mengemukakan Permohonan Pembaharuan Lesen Premis Kilang Kelapa Sawit Tahun 2023/2024.
Sistem myPremis ini dibangunkan oleh jabatan Alam Sekitar bagi menggantikan Business Licensing Electronic Supporting System (BLESS) yang mengandungi modul bagi pembaharuan Lesen Kilang Kelapa Sawit di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif bagi mengadakan sesi taklimat dan hands on ini, memandangkan sistem ini baharu diperkenalkan. Ianya juga sekaligus dapat membantu proses permohonan pembaharuan Lesen dapat dijalankan secara lancar dan teratur.
Program telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Alam Skeitar Negeri Terengganu, Encik Ramli Abd Rahman.Seramai 22 orang pegawai dari Kilang Kelapa Sawit di Negeri ini hadir.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama