PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN

DOE Terengganu 28/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI MEMBINCANGKAN CADANGAN CADANGAN PEMBANGUNAN TAMAN PERINDUSTRIAN BERAT, MUKIM KERTEH KEMAMAN   KUALA TERENGGANU, 21 MAC 2023: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman  telah mempengerusikan Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC), hari ini.   Mesyuarat ini membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi “Cadangan Pembangunan Taman Perindustrian Berat Lot Q, Mukim Kerteh, Daerah Kemaman, Negeri Terengganu”.   Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua Penolong pengarah Pembangunan Encik Mohd Norli bin Abdullah,  Penolong Pengarah Kanan, selaku Ketua Unit Memproses Laporan EIA, Encik Amri Mohd Yusof serta pegawai-pegawai kanan JAS Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman serta ahli-ahli EIATRC yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang dilantik.   Laporan EIA dibentangkan oleh pemaju dan perunding berkenaan keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek, langkah-langkah kawalan sedia ada dan yang akan dibina, serta maklumat-maklumat berkaitan.   Keperluan menyediakan laporan EIA dan mendapat kelulusan JAS ini, termaktub di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sementara ulasan-ulasan dari agensi teknikal juga diambil perhatian dalam mempertimbangkan kelulusan laporan EIA ini.   #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan