PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SYARIKAT KUARI DIDENDA RM15,000 BEROPERASI TANPA EIA

DOE Terengganu 03/04/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SYARIKAT KUARI DIDENDA RM15,000 BEROPERASI TANPA EIA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU: Syarikat Kuari didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini hari ini kerana beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Hakim Puan Nazlyza binti Mohamad Nazri menjatuhkan hukuman itu selepas wakil syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Berdasarkan pertuduhan, Syarikat yang beroperasi di Daerah Dungun itu, didapati telah menjalankan aktiviti pengkuarian bahan batuan, iaitu aktiviti 19, Jadual Pertama, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 tanpa terlebih dahulu mengemukakan laporan EIA kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling dan diluluskan sepertimana dikehendaki di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pendakwaan kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa yang dilantik oleh JAS negeri. Dalam pada itu, Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd. Rahman dalam kenyataan di sini hari ini berkata,  dibawah Seksyen  34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, memperuntukkan “Sesiapa yang bermaksud hendak menjalankan sesuatu aktiviti yang ditetapkan tidak boleh menjalankan aktiviti itu sehingga laporan yang dikehendaki dikemukakan dan diluluskan oleh JAS. Sebelum boleh beroperasi,” katanya.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan