PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

CERAMAH PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM ESWIS SEMPENA  PROGRAM FELDA GUGUSAN NERAM BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 28/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM ESWIS SEMPENA  PROGRAM FELDA GUGUSAN NERAM BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/03/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 21 MAC 2022- Penolong Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Encik Mohd Fahmi bin Azis dan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Tertinggi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah   telah memenuhi jemputan pihak pengurusan Felda Gugusan Neram untuk menyampaikan ceramah. Program berlangsung di Pejabat Felda Cherul 01/02, di Daerah Kemaman ini telah diserta oleh 32 penyelia ladang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dan pengendalian buangan terjadual Program yang berlangsung pada 20 Mac 2023, ini memfokuskan kepada program ceramah berkenaan pengurusan dan pengendalian buangan terjadual dan  tatacara penggunaan sistem e-Swis. Program ini juga dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Bumi 2023 dengan tema “Invest In Our Planet” . Hari Bumi adalah satu acara tahunan yang disambut pada 22 April setiap tahun oleh masyarakat di 192 negara seluruh dunia dengan satu hasrat untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan orang awam dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen pihak pengurusan Felda Gugusan Neram dan seluruh warganya serta semua yang terlibat dalam memastikan pengurusan buangan terjadual patuh kepada peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Akta Kualiti alam Sekeliling 1974.. “E-waste Dikitar Bumi Terpelihara” “ Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama” #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan