PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KEMPEN PENGUMPULAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SEPANJANG TAHUN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN

DOE Kelantan 30/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN PENGUMPULAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SEPANJANG TAHUN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/03/2023
Organisasi
DOE Kelantan
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan

Penerangan

7 Januari 2023, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menerima kunjungan daripada orang awam, Encik Rosdi Arifin, kakitangan Jabatan Hutan Negeri Kelantan, yang menyerahkan barangan  e-waste dari rumah beliau seberat 60 kg. Barangan tersebut adalah terdiri daripada 2 unit CPU, 11 unit motherboard, 4 unit PSU, 3 unit monitor computer riba, 20 unit computer peripheral part, 2 unit power amp, 3 unit player, 2 unit televisyen ,kabel dan sebagainya. Barang-barang tersebut adalah barangan yang telah rosak akibat daripada bencana banjir yang melanda negeri ini baru-baru ini. Mana-mana individu atau agensi yang mempunyai barang-barang buangan elektrik dan elektronik (e-waste) yang terjejas akibat banjir adalah disarankan untuk menghantar e-waste ke mana-mana pusat pengumpulan yang berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Orang ramai dialu-alukan menghantar "E-waste" anda ke Jabatan Alam Sekitar Kelantan pada waktu pejabat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan