Penerangan
20 Februari 2023 (Isnin), JAS Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat dari pihak Federation of Malaysian Manufacturer (FMM) Pulau Pinang dari bahagian ‘Environment, Safety and Health’. Delegasi ini diketuai oleh Dato’ Lee Teong Li, (Penang Branch Chairman). Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama dua hala yang boleh dicapai terutamanya berkaitan latihan pemahaman perundangan yang boleh diberikan kepada pihak industri.