Penerangan
10 Mac 2023 (Jumaat), Aktiviti pembersihan pantai bersempena Hari Bumi telah diadakan di Pantai Teluk Bayu, Pulau Pinang anjuran Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB), Bukit Mertajam dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang. Program ini melibatkan ahli-ahli kelab Pandu Puteri Kadet IPGKTB, pensyarah serta kakitangan JAS Pulau Pinang. Sebanyak 104 kg sisa domestik telah dikutip yang kebanyakkannya adalah buangan plastik