Penerangan
Kuala Lumpur, 14 Mac 2023 – Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menyampaikan taklimat berhubung Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 kepada pegawai- pegawai MRT.
Objektif program adalah untuk membolehkan peserta memahami sepenuhnya dan memantau pematuhan berdasarkan piawaian ISO 14001:2015.
Para peserta juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa.
Sebarang ketidakpatuhan terhadap perkara berkaitan akan diambil tindakan tegas yang sewajarnya.