Penerangan
18 Mac 2023, ALOR GAJAH, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan SWCorp telah selesai menjalankan Program pengumpulan household e-waste sempena Hari Bumi Peringkat Negeri Melaka bertempat di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka. Program ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 565 kilogram household e-waste. Program yang disediakan secara pandu lalu adalah bagi memudahkan orang awam khususnya penduduk AlorGajah menghantar e-waste mereka. Selain itu, pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar atau RAS turut diadakan.
Tema Hari Bumi pada tahun ini adalah ‘Invest in Our Planet’. Hari Bumi adalah satu acara tahunan yang disambut pada 22 April setiap tahun oleh masyarakat di 192 negara seluruh dunia. Ianya bermula sebagai satu gerakan di Amerika Syarikat sejak tahun 1970an yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan orang awam dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Tema Hari Bumi 2023 adalah “Invest In Our Planet”. Tema ini tertumpu pada penglibatan kerajaan, institusi, perniagaan dan lebih daripada 1 bilion rakyat yang mengambil bahagian setiap tahun dalam Hari Bumi untuk melakukan bahagian mereka ke arah alam sekitar yang lestari. Maklumat lanjut di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.
Semoga dengan penganjuran program sebegini dapat memupuk generasi muda dan belia untuk melestarikan alam sekitar. Jabatan ini juga mengalu-alukan sebarang kerjasama bagi penganjuran aktiviti berkaitan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) oleh mana-mana pihak yang berminat.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#JASNegeriMelaka
#InvestInOurPlanet