Penerangan
8 Februari 2023, WP Putrajaya - Sinonim dengan maksud peribahasa ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya’ JASWPKL telah mengambil langkah proaktif dalam mendidik generasi muda mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dengan melaksanakan program hebahan dan edaran bahan promosi kepada 200 orang murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2), WP Putrajaya bersempena dengan Majlis Apresiasi di sekolah tersebut.
Pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar (RAS) turut dijalankan di kalangan guru-guru dan ibubapa yang hadir. Diharapkan dengan usaha ini, generasi muda sedar akan kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar. JASWPKL akan sentiasa menyokong serta bersedia dalam menyampaikan hebahan maklumat berkaitan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada murid-murid sekolah.