Penerangan
Kuala Lumpur, 9 Februari 2023 – Pasukan Penguatkuasaan Projek EIA, JASWPKL telah menghadiri mesyuarat dan pembentangan projek bagi salah satu projek pembinaan bercampur (mixed developement) di Kuala Lumpur.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Timbalan Pengarah JASWPKL ini diadakan bagi memastikan penggerak projek sentiasa mematuhi semua syarat-syarat EIA yang telah diluluskan.
Mesyuarat turut membincangkan mengenai program-program kerjasama sebagai rakan strategik yang boleh dilaksanakan dengan penggerak projek dalam memberikan hebahan maklumat dan kesedaran dalam pemeliharaan alam sekitar kepada masyarakat setempat.
Penggerak projek juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa.
Sebarang ketidakpatuhan terhadap perkara berkaitan akan diambil tindakan tegas yang sewajarnya.