PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU/ OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR PERLIS BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

DOE Perlis 27/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU/ OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR PERLIS BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/03/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

25 Mac 2023, Padang Besar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Ops Bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (IPD Padang Besar) dan agensi penguatkuasaan lain iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Perlis di Km 24, Jalan Chuping - Padang Besar bermula jam 9.00 pagi. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel yang meliputi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Sebanyak 82 buah kenderaan pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan visual dan daripada jumlah itu sebanyak 17 buah kenderaan telah dijalankan ujian kandungan asap. Hasil pemeriksaan mendapati kesemua kenderaan yang diuji mematuhi had pelepasan yang ditetapkan, iaitu tidak melebihi 50%. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar. #nrecc #JabatanAlamSekitar #JASPerlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_mac2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan