Penerangan
TARIKH : 18 MAC 2023
LOKASI PEMANTAUAN
1) Melaksanakan rondaan OMPT di sekitar kawasan perumahan Taman Bukit Galena, kawasan Perindustrian Enstek , Sendayan Techvalley, Jalan Labu dan kawasan perumahan sekitar Seremban.
2) Semasa rondaan dilaksanakan, terdapat pembakaran terbuka sedang berlaku di Kampung Felda LBJ. Bahan yang terbakar adalah buangan sampah domestik, sisa kayu, plastik dan sabut kelapa. Pembakaran dilakukan di dalam lubang tanah bersaiz 8' x 8' dan menyebabkan asap hitam ke udara.
Tindakan : Telah mengarahkan penyewa tanah memadamkan kebakaran dgn serta merta, memberi arahan larangan pembakaran terbuka dan menutup semula lubang tanah supaya tidak dijadikan tempat pembakaran.
3) Pemerhatian di kawasan rondaan mendapati terdapat kesan PT buangan daun dan pokok kering di kawasan kejiranan penduduk. Telah memberi amaran kepada penduduk berdekatan supaya tidak melakukan PT.