Penerangan
Tarikh: 22 Mac 2023 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi- 1.00 tghari
Tempat: Bilik Mesyuarat Kesidang, Jabatan Alam Sekitar Selangor.
Satu siri pengenalan mengenai Sistem GeoSpAS Versi 4.0 telah diadakan di bilik Mesyuarat Kesidang, Jabatan Alam Sekitar Selangor. Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pegawai JAS tentang penggunaan Sistem GeoSpAS Versi 4.0 yang baru. Taklimat telah disampaikan oleh Seksyen Geospatial, BTM dengan kerjasama pihak ESRI Malaysia.