Penerangan
MUADZAM SHAH, 23 Mac 2023 - JAS Negeri Pahang telah dijemput menyertai Program Hari Kesedaran E-Waste dan menyampaikan Ceramah Kesedaran e-waste serta pameran kesedaran alam sekitar yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah.
Ceramah Kesedaran e-waste untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran e-waste terhadap alam sekitar yang telah disampaikan oleh En. Yahya bin Abdullah, Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi JAS Pahang.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pendaftaran keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS), pameran kesedaran alam sekitar, pengumpulan barangan e-waste dan barangan kitar semula, kuiz e-waste, explorace serta cabaran inovasi & kreativiti.
Program ini dilaksanakan sempena Sambutan Hari Bumi 2023 yang membawa tema “Invest In Our Planet”.