Penerangan
PEKAN, 16 Mac 2023 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menjalankan Operasi Bersepadu ke atas kilang pemprosesan buangan terjadual yang beroperasi secara haram.
Operasi Bersepadu yang dijalankan ini melibatkan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain iaitu:
1. Polis Diraja Malaysia
2. Jabatan Imigresen Malaysia
3. Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang
4. Pejabat Daerah dan Tanah Pekan
5. Majlis Daerah Pekan
Kegiatan kilang haram ini berjaya dilumpuhkan dan tindakan perundangan selanjutnya akan diambil mengikut bidangkuasa agensi yang terlibat. Orang ramai diingatkan untuk melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan di kawasan masing-masing.