Penerangan
KUANTAN, 9 Mac 2023 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menjalankan program pengawasan kualiti air tanah untuk sukuan pertama tahun 2023 di Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah Negeri Pahang. Sebanyak enam puluh tujuh (67) sampel air bawah tanah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.
Keseluruhan terdapat sembilan (9) buah Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Negeri Pahang yang mana satu (1) stesen terletak di Lepar, tujuh (7) stesen di Nenasi, dan satu (1) stesen terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng.