Penerangan
KUANTAN, 1 Mac 2023 – Unit Penilaian EIA, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menjalankan satu lawatan tapak EIA ke tapak perlombongan sedia ada di Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Pahang yang turut dihadiri oleh pihak penggerak projek dan perunding.
Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan maklumat yang tepat di tapak sedia ada dan keadaan semasa tapak cadangan projek mengikut kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA ini boleh diluluskan.
Cadangan projek ini berkeperluan untuk menyediakan laporan EIA kerana aktivitinya yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.