Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- CERAMAH PENGURUSAN E-WASTE DAN PAMERAN KELESTARIAN ALAM DI SEKOLAH MENENGAH SERI SETIA SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 23/03/2023
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Negeri Sembilan
Penerangan
CERAMAH PENGURUSAN E-WASTE DAN PAMERAN KELESTARIAN ALAM DI SEKOLAH MENENGAH SERI SETIA SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Seremban, 21 Mac 2023- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput untuk memberi ceramah berkenaan pengurusan e-waste di kalangan pelajar sekolah di Sekolah Menengah Seri Setia Seremban. Program yang melibatkan lebih 201 orang pelajar tingkatan 1 - tingkatan 6, ini merupakan usaha dan komitmen pihak sekolah dan JAS untuk memberikan kesedaran kepada pelajar bagi memastikan pengurusan e-waste diuruskan dengan kaedah yang betul.
JAS Negeri Sembilan akan sentiasa menyalurkan informasi dan maklumat terkini berkenaan kesedaran alam sekitar kepada orang awam di negeri ini serta menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
"E-waste Dikitar Bumi Terpelihara"
"Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama