Penerangan
17-18 Mac 2023 , Kuala Pilah - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah menganjurkan Hari Terbuka KMNS 2023.
Dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Kassim bin Haji Mohd Jaafar, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini melibatkan pelajar-pelajar KMNS, pensyarah, dan warga komuniti Kuala Pilah. Antara program yang terlibat adalah KMNS Eco Green Fun Run 3.0, Jualan Hari Usahawan Muda 2023, Fiesta Akademik, Pertandingan Memasak, pameran dari agensi kerajaan dan swasta serta pelbagai acara yang lain.
Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dengan penglibatan dari pelbagai pihak supaya usaha murni untuk mengamalkan gaya hidup lestari dibudayakan di kalangan masyarakat.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama