PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BIL 3/ 2023 JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 23/03/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BIL 3/ 2023 JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
23/03/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

13-15 Mac 2023, SEREMBAN - Pelaksanaan Ops Gempur ke atas premis kumbahan dan berefluen Bil 3/ 2023 di sekitar Daerah Seremban telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan. Ops Gempur Bil. 3/ 2023 melibatkan pemeriksaan keatas 26 buah premis. Sebanyak 17 persampelan rasmi kumbahan dan 3 persampelan efluen diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia utk dianalisa. Tindakan selanjutnya, setelah menerima hasil keputusan analisa kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia. Seramai lima belas (15) orang pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sembilan dan JAS Cawangan Kuala Pilah telah terlibat dalam ops gempur ini. Pemeriksaan ke atas loji IWK dan premis berefluen yang dijalankan mendapati loji rawatan kumbahan (IWK) dan sistem pengolahan efluen perindustrian (SPEP) beroperasi dan berada dalam keadaan baik. Premis juga mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 . Semua loji kumbahan (IWK) dan premis berefluen diingatkan sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Kumbahan) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Effluen Perindustrian) 2009 bagi memastikan pematuhan berterusan di bawah PPKAS (Kumbahan) 2009 dan PPKAS (Effluen Perindustrian)2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan