Penerangan
6 - 9 Februari 2023, Kuching - Empat (4) operasi bersepadu penguatkuasaan ke atas Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel ) 1996 telah dijalankan oleh Unit Kenderaan Bermotor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sri Aman, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sri Aman, JSPT Betong dan JPJ Betong.
Hasil dari empat (4) operasi tersebut, 228 kenderaan telah diperiksa secara visual dengan 41 kenderaan melalui pemeriksaan pengujian meter asap. Sebanyak dua belas (12) notis arahan bagi pemeriksaan semula kenderaan dan dua belas (12) syor kompaun kesalahan di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel ) 1996 telah dikeluarkan oleh JAS Sarawak dalam operasi ini.
Operasi telah dilaksanakan dengan kekuatan keseluruhan enam (6) anggota penguatkuasa JAS Sarawak, enam (6) anggota JSPT Sri Aman, 7 anggota JPJ Sri Aman, lima (5) anggota JSPT Betong dan enam (6) anggota JPJ Betong.
#jabatanalamsekitarMalaysia
#jassarawak
#alamsekitartanggungjawabbersama