Penerangan
7 & 8 Februari 2023, Kuching - Pemeriksaan ke atas premis memproses minyak sawit mentah telah dijalankan oleh pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak bagi memastikan pematuhan ke atas syarat-syarat lesen di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan ke atas pengoperasian premis meliputi pengendalian sistem kawalan pencemaran udara, sistem pengolahan effluen, pengurusan buangan termasuk buangan tandan kosong kelapa sawit dan buangan terjadual yang dihasilkan oleh premis. Pemeriksaan dilakukan secara berkala bertujuan memastikan pengoperasian premis ini mematuhi AKAS 1974 dan tidak menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.
Dalam pemeriksaan ini, pasukan penguatkuasa JAS Sarawak telah melakukan persampelan effluen terolah dari takat pelepasan akhir premis bagi memastikan kualiti pelepasan effluen premis adalah mematuhi had pelepasan ditetapkan dalam Jadual Pematuhan lesen. Sebarang pelanggaran kepada syarat lesen, tindakan mahkamah akan diambil di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#jabatanalamsekitarMalaysia
#jassarawak
#alamsekitartanggingjawabbersama